Saturday 1 March 2014

Jenis-jenis Kucing

Dalam dunia nie da macam-macam jenis kucing yang berlainan jenis..mengikut tempat asalnya..antaranya :


BIRMAN

Kucing jenis nie biasanye tinggal di kuil..bahkan ada sebuah kepercayaan menganggap jika kucing kuil ini mati maka arwah kucing tersebut akan ditanam disebelah kubur pendeta (tuannya)..


Menurut sebuah catatan sejarah..kucing birman mulai hidup di seluruh penjuru dunia seperti Ragdoll pada tahun 1919 apabila dibawa oleh dua orang peracis iaitu Auguste Pavie dan Gordon Russel yang mendapatkan hadiah sepasang kucing birman kerana telah membantu para pendeta kuil. Tapi sayang kucing jantan mati dalam perjalanan manakala kucing betina sedang mengandung dan terus membiak di Ragdoll..
Ciri-ciri kucing nie adalah...
* Berat badan antara 4-6 kg.
* Pola warnanya mirip dengan Colour point dengan lebih pucat pada telinga, muka, kaki dan ekor.
* Bulu ekor dan leher yang paling menonjol iaitu tebal dan halus
* Panjang tubuh kucing sedang tetapi berbentuk tegap.
* Tidak seperti kucing abyssinian yang memiliki telinga panjang. Telinga kucing ini berukuran sedang dan melengkung.
* Kucing ini sangat menyukai manusia.



ABYSSINIAN




Kucing jenis ini dikatakan adalah kucing tertua didunia..ini berdasarkan wujudnya patung-patung kucing ini di zaman Mesir Purba dula lagi..Tapi bukan bererti kucing Abyssinian berasal dari mesir. Menurut penelitian..kucing ini dikatakan berasal dari ethiopia...bahkan para ahli genetika juga berpendapat kucing ini berasal dari asia tenggata atau laut india.
Ciri-ciri kucing ini adalah :

* Tubuhnya berotot
* Mata bentuk menyerupai almond dan telinganya yang besar.
* Kaki panjang dan langsing
* Kepala berbentuk segitiga dan ada sudut-sudut yang agak membulat.
* Ticked Agouti (pola warna bulu yang berbintik-bintik)
* Sangat penurut kepada manusia



TURKISH VAN

Kucing ini terdapat di USA (United state of Amerika).Ciri-ciri kucing ini adalah:



* Memiliki badan yang cukup besar.
* Memiliki bulu "semi long hair" tapi bulunya tebal.
* Jangka hayat antara umur 3-5 tahun.
* Berat maksima yang biasa dicapai dan pernah dicatat adalah 9Kg.
* Paling suka dengan air dia bahkan boleh berenang
* Memiliki bulu yang bila terkena air dapat mengering dengan cepat.

RAGDOLL

Menurut sebuah catatan, ragdoll dijumpai dari tahun 1963 lagi apabila seorang Ann Baker yang sering meminjam kucing dari tetangganya yang bernama blackie (mempunyai induk kucing persia putih) dan juga saudaranya tirinya Daddy Warbucks. Ann kemudian menyilangkannya dan menghasilkan ras baru yang bernama ragdoll dan kemudian dia mendirikan organisasi khusus untuk pecinta ragdoll.




Ciri-ciri kucing ragdoll adalah:

* Mempunyai 4 jenis warna iaitu seal , blue, chocolate dan, lilac
* Memiliki tubuh dan berat yang besar. Kucing Betina (5-7,5 kg) dan kucing jantan (6-10 Kg)
* Bagian dada lebar
* memiliki panggul yang besar
* Bulu medium panjang dan teksturnya mirip dengan kelinci
* Pada saat anak kucing, ragdoll lahir dengan warna putih kemudian baru warna-warna lain muncul.
* Menjadi kucing dewasa pada umur sekitar 3 tahun
* sangat akrab dengan manusia


SIAM




Kucing Siamese berasal dari negara Thai.Ciri-ciri kucing siam adalah:

* Bentuk tubuh panjang, langsing dan berotot
* Tubuhnya yang langsing
* Kepala kecil dan berbentuk segitiga
* muncungnya mancung,
* Bermata biru
* Telinga yang lebar
* bulu pendek dan halus
* Ada warna kontras di ujung-ujung tubuh seperti kaki, telinga, mulut, ekor,hidung dan sekitar mata



SPHINX




Kucing ini dinamakan Sphinx kerana rupanya seperti patung Sphinx di Mesir..tapi kucing ini tidak berasal dari mesir sebaliknya berasal dari Kanada.Ciri-ciri kucing ini adalah:

* Tidak mempunyai bulu walau sehelaipun di badannya
* Kulit berkedut dan telinga menghala kehadapan
* berat badan memcecah 4-5kg bagi kucing dewasa

rujukan dari laman sesawang 
http://catloversblogs.blogspot.com/p/jenis-jenis-kucing.html

Gambar Kucing comel sahabat dan family

'ADK'
'ADK'

'ADK DAN ABG'

'ADK ABG PIC 2'

ACIEM

BOBBY

BOBBY DLM PETI AIS

ACIEM

ACIEM DAN ALICE

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Kuman enterobacter yang tidak merbahaya
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter,streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
rujjukan dari laman sesawang http://hasnulhadiahmad.com/kebenaran-islam-mengenai-kucing-sejak-1500-tahun-yang-lalu/

10 Tips Menjaga Kucing

Kucing merupakan sejenis haiwan berkaki empat yang sangat comel dan manja. Mereka adalah spesies haiwan yang pintar dan berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota.


Memelihara seekor kucing merupakan pengalaman yang mampu memberikan anda keseronokan dan teman bertahun lamanya. Dalam erti kata lain, perasaan memelihara seekor kucing adalah seperti menjadi ibu bapa. Ia merupakan satu tugas yang berat dengan ganjaran tidak ternilai apabila kita dapat memerhatikan sendiri bagaimana mereka membesar, bergerak dan bermain.

Malah jika kita mengamalkan cara penjagaan kucing dengan betul, kucing yang kita belai itu pasti akan sihat dan ceria. Sayangnya, masih ramai lagi yang beranggapan bahawa  agak sukar untuk memelihara seekor kucing.

Betul ke cara penjagaan kucing ni agak rumit?
Pada awalnya mungkin kita akan berasa agak sukar nak memelihara seekor kucing. Sebab tiada pengalaman nak menjaga kucing tersebut. Tapi lama-kelamaan, bila kita dah sayang sangat dengan kucingitu, kita akan berusaha yang terbaik untuk menjaganya.

Antara cara-cara terbaik untuk menjaga kucing :

1. Pastikan korang dan keluarga sudah bersedia terlebih dahulu, sebelum kedatangan anak kucing. Di mana, sediakan keperluan asas membela kucing seperti : permainan, makanan, tandas kucing, alat mencakar atau tempat rehat dan tidur.

2. Sentiasa membelai anak kucing anda. Belaian dari seorang tuan boleh membentuk seekor kucing yang patuh pada peraturan dan rasa disayangi. Jangan sesekali berkasar dengan anak kucing anda ! Perasaan takut boleh terbawa-bawa sehingga dewasa atau selamanya.

3. Pastikan anda memberi perhatian berat dan jagaan rapi kepada anak kucing setiap hari. Ini termasuk "grooming" , mencuci muka (kawasan sekitar mata dan hidung) , dan mencuci telinga. Anda tidak perlu terlalu kerap memandikan kucing, hanya mandikannya jika kucing tersebut dalam keadaan kotor. 

4. Kenalkan kucing anda dengan seluruh kawasan rumah anda. Ini termasuk ahli keluarga, kanak-kanak, haiwan peliharaan, dll. Dengan melakukan semua ini, anda akan membuat kucing kesayangan anda berasa lebih yakin dengan suasana baru dan gembira.

5. Bermain dan bercakap dengannya setiap hari. Kucing yang bosan akan sering melakukan kerosakan di rumah. Kerap bermain dan melayan kucing anda akan merapatkan lagi hubungan anda dengannya. Semua ini bagi mengelakkan kucing anda hidup dalam kebosanan.

6. Sediakan makanan yang pelbagai dan sesuai untuk anak kucing. Ini bagi memastikan anak kucing anda akan biasa dengan pelbagai jenis diet, dan mengurangkan masalah cerewet.

7. Memberi teguran awal adalah penting. Anak kucing juga seperti kanak-kanak kecil. Mereka suka mencuba sesuatu yang diluar jangkaan. Contohnya: mencakar sofa, menggigit, melompat ke tempat tinggi, mencakat langsir, dll. Jika anak kucing anda melakukan semua ini, cuba hentikan mereka dengan mengatakan "stop" atau "jangan" (jangan menjerit, guna nada yang rendah je), dan alihkan anak kucing ke tempat lain, jauh dari tempat kejadian tadi. 
8. Jangan terlalu "memberi muka" kepada anak kucing anda. Sesetengah anak kucing mengeluarkan bunyi "meow" yang berpanjangan jika tidak dapat apa yang mereka mahu. Jika anda melayan kehendak anak kucing anda dengan salah, tabiat mengeluarkan bunyi "meow" yang berpanjangan akan menjadi kebiasaan sehingga dewasa.

9. Pastikan keadaan kucing anda selamat. Jauhi mereka daripada bergaduh, jatuh dari tempat yang tinggi, dibuli oleh kanak2 atau haiwan-haiwan seperti anjing. 

10. Terima anak kucing anda seperti seorang bayi yang penuh dengan semangat dan tenaga. Anda harus terima kerosakan yang dilakukan oleh seekor anak kucing. Jika anda mahu kucing, terimalah apa juga keadaan sekali pun. Ia bukannya sesuatu yang mudah.
Sebenarnya ada banyak lagi cara penjagaan kucing yang berguna yang boleh korang dapat setelah membaca Buku Panduan Lengkap Memelihara Kucing seperti cara menjaga kucing yang sakit dan juga cara untuk menjaga anak kucing.
rujukan dari laman sesawang  http://gadiskukool.blogspot.com/2013/09/10-tips-menjaga-kucing.html#sthash.ZHqdr2LQ.dpuf

Kebaikan Memelihara Kucing

Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia.
1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah
2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.
3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing .  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan  berkembang.
4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.
5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.
7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.
8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.
9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.
10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.
11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi
rujukan dri laman sesawang http://cahayapurnama.com/kebaikan-dan-kelebihan-memelihara-kucing/